Sunday, May 23, 2010

Anugerah Ilahi

Kanak-kanak bagaikan permata yang tak ternilai. Mereka anugerah Ilahi dan harta yang paling berharga di dunia ini. Kehadirannya sebagai rahmat dari Allah s.w.t dan penyeri dalam kehidupan....

Cara Rasulullah s.a.w Melayan Anak-anak

Rasulullah s.a.w seorang yg amat menyayangi anak-anak. Baginda bukan saja mengasihi anak2 malah baginda sentiasa mendoakan kesejahteraan anak2 yg di dampinginya.

Suatu hari Rasullah sedang berehat sambil memangku Hassan r.a, maka seorang anak kecil bernama Usamah bin Zaid masuk, lalu baginda mendudukkan Usamah dipangkuannya juga. Usamah tersenyum dan kelihatan wajahnya begitu gembira.

Kemudian Rasulullah merapatkan kedua pehanya laluberdoa yg maksudnya:
''Ya! Allah kasihanilah kedua-dua anak ini, kerana aku mengasihani mereka berdua."

Seperti kebiasaannya, Hassan r.a duduk di pangkuan datuknya, sedangkan di hadapan baginda ada beberapa orang tamu lalu baginda mencium Hassan r.a.

Salah seorang tetamu berkata:
''Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak tetapi aku tidak pernah pun mecium salah seorang drpd mereka."

Mendengar ucapan itu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil berkata:
''Orang yg tidak memiliki rasa kasih sayang, tidak akan dikasihi Allah S.W.T."

Salah satu bukti lagi Rasulullah s.a.w sangat mengasihi kanak-kanak ialah baginda bersabda:
''Ketika aku hendak mengerjakan sembahyang akan bermaksud sembahyang berlama-lama, tiba-tiba aku mendengar tangisan seorang anak, lalu aku pendekan sembahyangku, kerana aku sedar betapa harunya perasaan seorang ibu mendengar tangisan anaknya."

Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w mempunyai seorang anak yg masih kecil yg dipanggil Abu Umairah r.a. Setiap kali Rasulullah s.a.w bertemu dgn anak-anak itubaginda mengajaknya bergurau mesra.

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkunjung ke rumah Abu Umairah r.a dan baginda melihat anak itu sedang bersedih. Maka Rasulullah s.a.w bertanya kpd keluarganya:
Mengapa Abu Umairah r.a ini tidak riang seperti biasa?"

Mereka menjawab:
''Burung kawannya bermain telah mati."
Rasulullah s.a.w terus mendekatinya dan memujuknya.

Sikap lemah lembut Rasulullah s.a.w terhadap anak-anak harus dicontohi, kerana anak-anak itu telah di amanahkan kpd kedua ibu bapa agar mereka mencorak kehidupan setiap anak itu sebaik mungkin.

*Jika kanak-kanak gembira dan tersenyum atas layanan dan pemberian kita, ia umpama satu doa untuk kita...^_^

No comments: