Thursday, May 27, 2010

Jiwang Quotes


1. Masalah dan dugaan itu sebahagian daripada kehidupan. Sekiranya anda tidak berkongsi, anda tidak memberi peluang orang yang dikasihi mencintai anda sepenuhnya.-Dinah shore- Cinta itu bermakna kesudian kita berkongsi banyak perkara dengan orang yang kita cintai itu...

2. ''Anggaplah manusia yang mencintaimu itu lebih baik dari kamu, kerana dia membuat dirimu berhasrat menjadi bertambah baik, tetapi janganlah kamu kecewa apabila kamu gagal kerana dia akan membuatmu untuk terus mencuba".

3. Cara untuk menyintai sesuatu ialah menyedari kehilangannya.-Nestor Gallardo-

4. Cinta adalah perbuatan memaafkan yang tiada akhir dengan wajah yang lembut menjadi tabiatnya.-Peter Ustinoua-

5. Cintai hati yang melukaimu, tetapi jangan sesekali melukai hati yang mencintaimu.-Vipin Sharma-

6. ''Hanya seminit untuk mencari insan istimewa, Sejam untuk menghargainya, Sehari untuk menyintainya, Tetapi seumur hidup untuk melupakannya.''

7. Cinta bukan hadir secara tiba-tiba..Ia datang dengan kesedaran dan latihan, sepertimana bermain piano @ golf. Anda berpeluang untuk melatih dirimu, setiap yang mereka temui, itulah sesi latihan anda.-Sara Paddison-

8. Kebenaran cinta bukan datang dengan mencari kesempurnaan seseorang tetapi belajar untuk mencari kesempurnaan dalam kekurangannya.-Jason Jordan-

9. Menemui diri sendiri dalam orang lain adalah cinta, kegembiraannya ialah penghargaan atasnya.-Alexander Smith-

10. Meletakkan kebahagiaan kita sebagai kebahagiaan untuk seseorang, itulah namanya cinta.-G.W.Von Leibnitz-

No comments: