Thursday, May 27, 2010

Spaghetti Ingredients


Spaghetti Ingredients :

* Bawang putih 4 ulas - di tumbuk @ di hiris halus

* Bawang besar 2 biji - di potong dadu

* Tomato 2 biji - buang biji

* Daging cincang 1 packet

* 1 Botol besar Prego

* Origano - tabur sedikit dalam masakan

* Bahan tambahan = gula + garam + ajinomoto (secukup rasa)

Jiwang Quotes


1. Masalah dan dugaan itu sebahagian daripada kehidupan. Sekiranya anda tidak berkongsi, anda tidak memberi peluang orang yang dikasihi mencintai anda sepenuhnya.-Dinah shore- Cinta itu bermakna kesudian kita berkongsi banyak perkara dengan orang yang kita cintai itu...

2. ''Anggaplah manusia yang mencintaimu itu lebih baik dari kamu, kerana dia membuat dirimu berhasrat menjadi bertambah baik, tetapi janganlah kamu kecewa apabila kamu gagal kerana dia akan membuatmu untuk terus mencuba".

3. Cara untuk menyintai sesuatu ialah menyedari kehilangannya.-Nestor Gallardo-

4. Cinta adalah perbuatan memaafkan yang tiada akhir dengan wajah yang lembut menjadi tabiatnya.-Peter Ustinoua-

5. Cintai hati yang melukaimu, tetapi jangan sesekali melukai hati yang mencintaimu.-Vipin Sharma-

6. ''Hanya seminit untuk mencari insan istimewa, Sejam untuk menghargainya, Sehari untuk menyintainya, Tetapi seumur hidup untuk melupakannya.''

7. Cinta bukan hadir secara tiba-tiba..Ia datang dengan kesedaran dan latihan, sepertimana bermain piano @ golf. Anda berpeluang untuk melatih dirimu, setiap yang mereka temui, itulah sesi latihan anda.-Sara Paddison-

8. Kebenaran cinta bukan datang dengan mencari kesempurnaan seseorang tetapi belajar untuk mencari kesempurnaan dalam kekurangannya.-Jason Jordan-

9. Menemui diri sendiri dalam orang lain adalah cinta, kegembiraannya ialah penghargaan atasnya.-Alexander Smith-

10. Meletakkan kebahagiaan kita sebagai kebahagiaan untuk seseorang, itulah namanya cinta.-G.W.Von Leibnitz-

Sunday, May 23, 2010

Life Quotes


~Setiap yang kita sangkakan baik itu tidak semestinya baik dan setiap yang kita sangkakan buruk itu tidak semestinya buruk malah ia lebih baik.

~Apa saja yang baik berlaku pada kita, nikmati ia seadanya. Tetapi jika apa-apa juga yang tidak baik berlaku pada kita, usah terlalu sedih coz nobody knows about anything and sometimes it will be unexpected..

~Sesetengah perkara memang menyakitkan tetapi kita harus sedar bukan semua yang menjadi kesukaan kita itu baik untuk kita, kadang-kadang yang kita benci itulah sumber kebahagiaan kita manakala yang kita sukai itu pula punca masalah kita.

~Segala ujian dan cabaran yang kita lalui sebenarnya telah dibekalkan kekuatan untuk kita menghadapinya kerana Allah tidak akan sesekali menguji seseorang itu di luar batas kemampuannya.

~Pengalaman selalu mematangkan seseorang, pengajaran seringkali melukakan tetapi selalu memberikan kesempurnaan dalam sebuah perjalanan kehidupan seseorang.

Teman Sejati


Selama ini ku mencari-cari,
Teman yang sejati buat menemani,
Perjuangan suci.

Bersyukur kini padaMU Ilahi,
Teman yang dicari selama ini,
Telah kutemui.

Dengannya di sisi perjuangan ini,
Senanang diharungi bertambah murni,
Kasih Ilahi,
KepadaMu Allah kupanjatkan doa,
agar berkekalan kasih sayang kita,
Kepadamu teman ku pohon sokongan,
Pengorbanan dan pengertian,
telah kuungkapkan segala-galanya...

Teman Sejati Sukar Dicari

Mengapakah nilai permata cukup tinggi? Jawapannya mudah. Ia kerana permata sukar ditemui. Begitu juga dengan teman sejati. Nilai teman sejati sangat tinggi kerana mereka amat sukar dicari dan ditemui.

Look around us...Siapakah yang betul-betul percayakan kita tanpa rasa ragu? Siapakah yang benar-benar membantu sewaktu kita susah? Siapakah yang bersedia membantu dan bersusah-payah bersama kita? Adakah ianya ramai?..

When we establish a deep relationship with someone,we have to appreciate them. May be,they will be our true friends coz they're so valuable and hard enough to find and be found...

Anugerah Ilahi

Kanak-kanak bagaikan permata yang tak ternilai. Mereka anugerah Ilahi dan harta yang paling berharga di dunia ini. Kehadirannya sebagai rahmat dari Allah s.w.t dan penyeri dalam kehidupan....

Cara Rasulullah s.a.w Melayan Anak-anak

Rasulullah s.a.w seorang yg amat menyayangi anak-anak. Baginda bukan saja mengasihi anak2 malah baginda sentiasa mendoakan kesejahteraan anak2 yg di dampinginya.

Suatu hari Rasullah sedang berehat sambil memangku Hassan r.a, maka seorang anak kecil bernama Usamah bin Zaid masuk, lalu baginda mendudukkan Usamah dipangkuannya juga. Usamah tersenyum dan kelihatan wajahnya begitu gembira.

Kemudian Rasulullah merapatkan kedua pehanya laluberdoa yg maksudnya:
''Ya! Allah kasihanilah kedua-dua anak ini, kerana aku mengasihani mereka berdua."

Seperti kebiasaannya, Hassan r.a duduk di pangkuan datuknya, sedangkan di hadapan baginda ada beberapa orang tamu lalu baginda mencium Hassan r.a.

Salah seorang tetamu berkata:
''Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak tetapi aku tidak pernah pun mecium salah seorang drpd mereka."

Mendengar ucapan itu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil berkata:
''Orang yg tidak memiliki rasa kasih sayang, tidak akan dikasihi Allah S.W.T."

Salah satu bukti lagi Rasulullah s.a.w sangat mengasihi kanak-kanak ialah baginda bersabda:
''Ketika aku hendak mengerjakan sembahyang akan bermaksud sembahyang berlama-lama, tiba-tiba aku mendengar tangisan seorang anak, lalu aku pendekan sembahyangku, kerana aku sedar betapa harunya perasaan seorang ibu mendengar tangisan anaknya."

Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w mempunyai seorang anak yg masih kecil yg dipanggil Abu Umairah r.a. Setiap kali Rasulullah s.a.w bertemu dgn anak-anak itubaginda mengajaknya bergurau mesra.

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkunjung ke rumah Abu Umairah r.a dan baginda melihat anak itu sedang bersedih. Maka Rasulullah s.a.w bertanya kpd keluarganya:
Mengapa Abu Umairah r.a ini tidak riang seperti biasa?"

Mereka menjawab:
''Burung kawannya bermain telah mati."
Rasulullah s.a.w terus mendekatinya dan memujuknya.

Sikap lemah lembut Rasulullah s.a.w terhadap anak-anak harus dicontohi, kerana anak-anak itu telah di amanahkan kpd kedua ibu bapa agar mereka mencorak kehidupan setiap anak itu sebaik mungkin.

*Jika kanak-kanak gembira dan tersenyum atas layanan dan pemberian kita, ia umpama satu doa untuk kita...^_^